Profil Syarikat : : :
 

LATAR BELAKANG
 

SYARIKAT ELEKTRIK FAHMI telah ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) pada 26 Jun 1996 dengan matlamat utama menyedia dan menawarkan perkhidmatan, pembekalan, peralatan dan kelengkapan serta pendawaian elektrikal yang menepati kehendak pelanggan-pelanggan selaras dengan piawaian yang di tetapkan.

   SYARIKAT ELEKTRIK FAHMI adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya dan penubuhannya juga adalah sebagai bukti kebolehan dan kecekapan bumiputera dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan elektrikal yang selama ini banyak dimonopoli oleh bukan bumiputera.

   Dengan hanya memiliki 2 (dua) orang pekerja pada peringkat awal penubuhannya, kini syarikat ini mempunyai seramai lebih 20 orang pekerja termasuk di bahagian pengurusan dan bahagian projek. Berikutan dengan sistem dan kualiti kerja yang sentiasa meningkat, ELEKTRIK FAHMI telah diberi kepercayaan oleh pelbagai pihak samada swasta mahupun kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja elektrikal mengikut keperluan dan jadual yang telah ditetapkan.

   Dengan mengambil kira kos yang diperuntukan oleh pelanggan di dalam setiap projek, ELEKTRIK FAHMI menawarkan kos yang berpatutan dan mampu dibiayai oleh pelanggan dengan tidak mengenepikan tahap kerja yang optimum dan berkualiti.

   Di samping itu juga ELEKTRIK FAHMI menepati setiap jadual projek yang ditetapkan memandangkan kemudahan pembelian yang ditetapkan oleh pembekal.

 


Alamat:
ELEKTRIK FAHMI
No. 3, Jalan Kolam Air,
Taman Medan Indah,
81900 Kota Tinggi,
Johor.

Tel: 07-822 2202 / 2203
Fax: 07-882 2204

     
     
| . Muka Depan . | . Profil . | . Lokasi . | . Hubungi Kami . | . Carian . | . Pautan . |